17. The Memo to King
Memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung
Daripada:
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil
Coalition for Clean and Fair Election (BERSIH)
c/o Institute of Research for Social Advancement (REFSA)
Tarikh: 10 November 2007
1. BERSIH adalah sebuah jawatankuasa gabungan yang terdiri daripada organisasi-organisasi masyarakat sivil dan parti-parti politik dengan matlamat utama untuk memperjuangkan pilihanraya yang bebas dan adil di Malaysia.
2. Hanya menerusi pilihanraya yang bebas dan adil sahajalah, rakyat Malaysia mampu untuk menentukan nasib mereka sendiri Malaysia dan mengharapkan mereka yang menjawat jawatan-jawatan awam untuk bertindak dengan pertanggungjawaban dan berkesan. Selagimana, rakyat tidak mempunyai kuasa untuk menyingkir golongan jahat dalam pemerintahan negara, maka selagi itulah harapan untuk mendaulatkan undang-undang, melindungi hak asasi manusia, mengadakan urus-tadbir kerajaan yang baik dan menggalakkan pembangunan rakyat yang berterusan/lestari akan terus tertakluk kepada budibicara ahli politik yang mempunyai kepentingan peribadi. Matlamat utama untuk menukar kerajaan hari ini adalah merupakan kunci 'semak dan imbang' dalam menentang penyalahgunaan kuasa pemerintah.
3. Adalah amat malang bagi Malaysia kerana walaupun sudah 50 tahun merdeka, ternyata Malaysia masih gagal untuk mengendalikan proses pilihanraya yang bebas dan adil. Kesimpulan ini bukan sahaja dipersetujui oleh masyarakat sivil, parti-parti politik dan pemerhati antarabangsa, malah ia juga diakui sendiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya. Selepas pilihanraya umum pada bulan Mac 2004 yang dihantui oleh pelbagai penyelewengan dan kontroversi yang jauh lebih serius daripada pilihanraya-pilihanraya sebelumnya, maka, beliau merasakan perlu dan setuju dengan tuntutan awam untuk menjalankan penyiasatan bebas. Namun, amat mengecewakan penyiasatan bebas tersebut akhirnya tidak dijalankan.
4. Proses pengendalian pilihanraya yang tidak telus ini menimbulkan pelbagai persoalan khususnya persoalan terhadap kuasa mutlak badan pemerintah negara ini. Keadaan sebegini jika dibiarkan berterusan akan membawa petanda yang buruk untuk masa depan masyarakat dan boleh memusnahkan keutuhan sistem politik negara kita. Ini dapat dilihat pada negara-negara yang telah mengalaminya iaitu Thailand, Filipina dan Taiwan. Oleh yang demikian, BERSIH merasakan adalah perlu bagi semua rakyat Malaysia berganding bahu dan menggembleng tenaga untuk membawa perubahan yang menyeluruh dalam proses pilihanraya yang mendatang. Justeru, kami mencadangkan agenda perubahan jangka-panjang dan tiga sasaran kerja dengan segera.
5. Dalam masa jangka-panjang yang akan membatasi batas pilihanraya akan datang, BERSIH yakin dan percaya bahawa aspek-aspek ini perlu dikaji dan diperbaharui secara keseluruhannya:
a. Sistem pilihanraya:
i. Adalah perlu untuk memperbetulkan ketidakseimbangan yang tinggi antara undian rakyat dan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya, dimana undi sebanyak 64% boleh diterjemahlkan kepada 91% kerusi bagi parti pemerintah. Ini adalah kerana berteraskan kepada prinsip asas 'First-Past-The-Post' atau 'Yang-Pertama-Melepasi-Tiang' dan juga manipulasi menerusi pembahagian kawasan pilihanraya yang bericirikan 'agihan-timpang' dan 'curang' atau 'tipu-belit'.
ii. Adalah perlu untuk memperkenalkan satu sistem yang menyenaraikan semua perwakilan parti, supaya jumlah minima 30% perwakilan wanita di parlimen terjamin.
iii. Adalah perlu untuk memperkenalkan semula pilihanraya tempatan dengan sistem pilihanraya yang lebih adil, termasuk memberikan ruang yang lebih kepada penglibatan wanita dan kelompok terpinggir dalam masyarakat.
b. Pentadbiran pilihanraya:
i. Adalah perlu untuk merubah Suruhanjaya Pilihanraya sekarang yang ternyata gagal untuk bertindak sebagai sebuah institusi yang bebas dengan bergerak ke arah struktur perwakilan pelbagai parti sebagaimana yang dipraktikkan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi
ii. Memperuntukkan undang-undang yang berkaitan dengan hak pemerhati-pemerhati antarabangsa dan tempatan
c. Penamaan calon dan parti:
i. Kuasa berasaskan budibicara yang diberikan kepada Pendaftar Pertubuhan menyebabkan keputusan berkaitan pendaftaran dibuat secara sewenang-wenagnya. Ini dapat dilihat dalam kes Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Malaysian Dayak Congress (MDC);
ii. Keputusan berat sebelah dan sewenang-wenang oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya yang akhirnya menggugurkan kelayakan calon-calon pembangkang adalah tidak adil;
iii. Klausa kontroversi yang membenarkan calon menarik diri selepas penamaan yang akhirnya membawa kepada pertuduhan rasuah dan kemenangan tanpa bertanding yang menyangsikan.
iv. Wang deposit pilihanraya yang tertinggi di dunia yang secara langsung menghalang penyertaan warga Malaysia yang kurang sumber kewangannya, termasuk golongan wanita dan beberapa kumpulan terpinggir dalam masyarakat.
d. Kempen pilihanraya:
i. Menetapkan satu tempoh berkempen wajib yang jauh lebih panjang daripada tempoh 8 hari berkempen dalam pilihanraya lepas yang nyata tidak bermakna langsung;
ii. Memberikan hak kebebasan bersuara dan berkumpul yang sebenar-benarnya sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia;
iii. Pengawalan secara berkesan dan menyeluruh dalam proses pembiayaan kos untuk berkempen untuk membendung amalan rasuah
iv. Pertimbangan untuk mengadakan pembiayaan awam bagi kos berkempen kepada parti-parti politik khususnya bagi calon wanita, kumpulan-kumpulan terpinggir dalam masyarakat dan latihan yang mesra gender.
e. Media:
i. Merombak undang-undang yang sedia ada yang telah membolehkan media cetak dan penyiaran dimonopoli oleh para proksi Barisan Nasionalii.
ii Peruntukan undang-undang bagi membolehkan semua parti politik mendapat akses atau capaian percuma kepada TV dan radio awam serta akses secara adil (percuma atau berbayar) kepada media swasta
iii. Peruntukan undang-undang bagi menjamin hak semua parti politik dan calon untuk menjawab segala bentuk tuduhan dan kritikan ke atas mereka menerusi media.
f. Kerajaan Sementara atau Caretaker:
i. Bahawa kerajaan lama adalah dilarang sama sekali untuk membuat sebarang polisi atau keputusan berkaitan dengan pembangunan bilamana Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
ii. Bahawa menyalahgunakan semua sumber dan instrumen negara bagi tujuan memenangi pilihanraya atau untuk kepentingan parti adalah merupakan kesalahan jenayah
iii. Bahawa penyediaan dan penyemakan daftar pemilih perlu dibuat secara telus dan tertakluk kepada semakan kehakiman
g. Daftar Pemilih:
i. Bahawa daftar pemilih perlu dikemaskinikan dan tepat, untuk mengelakkan
(i) penyingkiran dan pemindahan secara tidak sukarela para pengundi yang sah dan
(ii) penyamaran dan pengundian berganda oleh 'pengundi hantu'.
ii. Bahawa semua rakyat yang layak mengundi perlu secara automatik didaftarkan sebagai pengundi.
h. Undi:
i. Melaksanakan penggunaan dakwat kekal (indelible ink) untuk menghalang pengundian berganda;
ii. Memansuhkan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi yang berada di luar negara memandangkan pertanggungjawaban dan kerahsiaan amat terancam dalam amalan semasa
iii. Untuk jangka terdekat, BERSIH menyeru kepada Pengerusi dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Abd. Rashid bin Abd. Rahman dan Datuk Kamaruzaman bin Mohd Noor untuk melaksanakan tiga pembaharuan khusus yang berkaitan dengan daftar pemilih dan pengundian sebagai langkah pertama untuk menuju ke arah pilihanraya yang bebas dan adil iaitu penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda; pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara; penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang sebenar-benarnya telus dan meyakinkan dan akses media yang adil kepada semua pihak
6. Dalam menjalankan kempen kesedaran ke seluruh Negara, BERSIH telah berhadapan dengan satu tragedi sehingga pihak berkuasa menggunakan senjata dan menembak orang awam dengan peluru hidup. Peristiwa ini berlaku di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu pada 9hb September lalu. Bahkan, BERSIH dilontarkan tohmahan sebagai memulakan satu rusuhan. Penyiasatan bebas juga tidak dijalankan oleh badan-badan yang dipertanggungjawabkan.
Malangnya, setakat ini, pihak SPR cuma bersetuju dengan satu permintaan iaitu penggunaan dakwat kekal.
7. Dalam menjalankan kempen kesedaran di seluruh Negara, BERSIH telah berhadapan dengan satu tragedi sehingga pihak berkuasa menggunakan senjata dan menembak orang awam dengan peluru hidup. Peristiwa ini berlaku di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu pada 9hb September lalu. Bahkan, BERSIH dilontarkan tohmahan sebagai memulakan satu rusuhan. Penyiasatan bebas juga tidak dijalankan oleh badan-badan yang dipertanggungjawabkan.
8. Kami memohon Ke Bawah Duli Tuanku agar Tuanku akan
1. Menyuarakan kehendak rakyat menuntut pembaharuan pilihanraya termasuk mengutarakan cadangan untuk sebuah Suruhanjaya diRaja untuk mengkaji pembaharuan sistem and proses pilihanraya.
2. Menggunakan kuasa Tuanku di bawah Perkara 40(2), Perlembagaan Persekutuan, untuk menolak apa jua permintaan untuk membubar Parlimen selagi empat pembaharuan serta-merta di atas tidak dilaksanakan.
Ditandatangani oleh organisasi-organisasi berikut:
Parti Politik:
1. Parti Keadilan Rakyat (People’s Justice Party) (KeADILan)
2. Democratic Action Party (DAP)
3. Parti Islam SeMalaysia (Malaysian Islamic Party) (PAS)
4. Parti Sosialis Malaysia (Malaysian Socialist Party) (PSM)
5. Sarawak Nation Party (SNAP)
Pertubuhan Bukan Kerajaan:
1. Save Ourselves (SOS Penang)
2. Tamil Foundation
3. Group of Concerned Citizens (GCC)
4. Citizens’ Health Initiative (CHI)
5. Aliran (reform movement for justice, freedom and solidarity)
6. Writers’ Alliance for Media Independence (WAMI)
7. Jaringan Rakyat Tertindas (Oppressed People’s Network) (JERIT)
8. Pusat Janadaya (EMPOWER)
9. Community Action Network (CAN)
10. Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Malaysia (Malaysian National Society for Human Rights ) (HAKAM)
11. Malaysian Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
12. Malaysian Trades Union Congress (MTUC)
13. Suara Rakyat Malaysia (Voice of the Malaysian People) (SUARAM)
14. Labour Resource Centre (LRC)
15. Pusat Komunikasi Masyarakat (Social Communications Centre) (KOMAS)
16. Civil Rights Committee of the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (CRC-KLSCAH)
17. Persatuan Ulama Malaysia (Malaysian Ulama Association) (PUM)
18. Women’s Development Collective (WDC)
19. ERA Consumer
20. Centre for Independent Journalism (CIJ)
21. Unit Pemikiran Politik, Institut Kajian Dasar (Political Thought Unit, Policy Research Institute) (UPP-IKD)
22. Malaysian Voters’ Union (MALVU)
23. All-Women’s Action Society (AWAM)
24. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Malaysian Islamic Students’ Coalition) (GAMIS)25. Research for Social Advancement (REFSA)
26. Solidariti Mahasiswa Malaysia (Malaysian Students’ Solidarity) (SMM)
27. Gerakan Anti Korupsi (GERAK)
28. Citizen Think Tank
29. Police Watch Committee